Monday
PULAU LANGKAWI & TSUNAMI
26/12/2004
PULAU LANGKAWI
25 Disember ni cuti (Sabtu). Kt Kedah, hari Jumaat kami dh start cuti. Cuti kali ni seronok sangat sbb family ak dtg Kedah. Ktorg nk bercuti kt Pulau Langkawi.
- Shopping sakan terutama CHOCOLATE. Berapa RATUS RINGGIT abis kt CHOCOLATE jerk. Dua2 kedai CHOCOLATE yg terbesar kt Pekan Kuah tu kitorg borong smpai penuh troli. harga CHOCOLATE kt situ murah2. Lg pon nk bwk blk BUAH TGN utk mmbr2 kt KMK.
- Pergi tgk AKUARIUM TERBESAR Kt Asia tu tp kitorg x masuk sbb ktorg dh pernah masuk. AYH bwk IDAN DGN ZAHIRAH JER MASUK
- NAEK KETA KABEL - AK 1 KETA DGN KAKNGAH & IZAD - AK WAT LAWAK SENGAL KATE CANE KLAU TBE2 KETA NI BERHENTI/ TALI DIER PUTUS - MARAH BTOL DIORG DGN AK - MULUT CELUPAR - TINGGI TU - KLAU JATUH CONFIRM X HIDUP NYER
- Dr cni nmpk GUNUNG MAT CINCANG & AIR TERJUN 7 BERADIK tu
- LAST DAY IDAN AJK STAY lg bbrp hari kt LANGKAWI.. Pas hntr ak kt KMK, ingt diorg nk g Penang
- Ak smpai KMK ptg dlm kol 5 - BEBERAPA JAM SBLM TSUNAMI MELANDA
- HOTEL YG KAMI TINGGAL DI LANGKAWI BERHAMPIRAN DGN PANTAI BERAS TERBAKAR TERKENA TEMPIASNYER AKIBAT TSUNAMI (RUNTUH / KEROSAKAN KECIL)
- Pg esk nyer ACIK CALL tny ktne sbb risau dh kua BERITA PSL TSUNAMI
- Mlm tu tgk Berita pasal TSUNAMI... Rmai tertipu JMBTN PNG RUNTUH SBB X BCE MSJ SMPAI ABIS
- De bbrp org Bdk Kuliah ak RMH DIER KNE TEMPIAS TSUNAMI KT KUALA MUDA.. Jd KMK LANCAR DERMA KILAT
TSUNAMI
PADA tarikh 26 Disember 2004, dunia telah dikejutkan dengan malapetaka yang telah melanda pantai barat utara Sumatera, Indonesia dan beberapa negara di Selatan dan Asia Tenggara..
*Fenomena yang dikenali sebagai tsunami ini merupakan sekumpulan ombak besar dan biasanya disebabkan oleh ketidakstabilan aktiviti di dalam laut. Apabila berlaku perubahan air laut yang secara tiba-tiba atau berlakunya pergerakan plat lautan yang turun naik disebabkan oleh gempa bumi maka terbentuklah tsunami yang terjadi akibat daripada desakan graviti. Ombak yang bergerak ini amat merbahaya dan boleh mengakibatkan kerosakan yang tidak terhingga apabila menghempas ke pantai. Perkataan Tsunami berasal dari perkataan Jepun yang bermaksud “Ombak Laut Pelabuhan”.
Tsunami merupakan ombak besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut. Tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak dengan laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan menurunkan paras air laut.
Dalam lautan yang dalam, gelombang tsunami mempunyai amplitud ketinggiannya hanya beberapa sentimeter atau kurang sahaja. Oleh kerana jarak dari puncak ke puncak adalah ratusan batu, pergerakan turun naik tidak dapat dilihat dan dirasai oleh kapal yang belayar diatasnya dan mungkin tidak menyedari kejadiannya.
Apabila gelombang tsunami tiba di kawasan lautan yang kedalamannya makin mengurang, halajunya akan turut menjadi kurang. Apabila gelombang ini sampai ke kawasan pantai, hanya satu cara untuk mengabadikan tenaganya adalah dengan menambahkan ketinggian ombak.
Kalau bahagian pertama tsunami itu bergerak ke arah daratan melalui draw back, maka air laut di sepanjang pantai itu akan surut dengan mendadak dan mendedahkan kawasan laut yang tenggelam. Fenomena ini boleh digunakan sebagai tanda bahwa tsunami sedang dalam perjalanan ke daratan. Kalau kamu berada di kawasan persisiran pantai dan tiba-tiba garis air laut mengundur jauh (draws back) dan kamu akan mendengar bunyi seperti bunyi sedutan (sucking sound). Peluang untuk hidup hanya akan terjamin jikalau kamu bergerak keluar dari kawasan pantai dan pergi ke tempat-tempat yang tinggi atau mana-mana bangunan yang tinggi.
Macam kejadian di Phuket Thailand iaitu di pantai Maikhao. Tilly Smith yang berumur 10 tahun dari Surrey, England, sedang berada di pantai itu bersama parents dan sister dia. Sebelum itu dia ada belajar tentang kejadian tsunamis di sekolah dia. Masa kejadian itu dia telah bagi amaran kepada keluarga dia bahawa tsunami bakal berlaku. Parents dia kemudian memberi amaran kepada semua yang berada di pantai dan juga kakitangan hotel beberapa minit sebelum trunami itu tiba. Tilly Smith telah dihargai kerana telah menyelamatkan berdozen-dozen nyawa setelah mempelajari tsunami di kelas geografinya.
FAKTA MENARIK TENTANG TSUNAMI
~ Tsunami telah mengejutkan Negara-Negara Asia
~ beribu-ribu ikan yg eloped ke darat bkn nyer rezeki sebaliknyer PERANGKAP.
~ ikan-ikan itu mati akibat arus yang kuat (ombak).
~ kutipan akhir bg Tabung Bencana Tsunami adalah RM 886 393.58
~ 5 juta orang mangsa Tsunami hilang tempat tinggal
~ Masjid2 tidak terjejas meskipon persekitarannya ibarat padang jarak padang terkukur.
~ TLDM telah hntr bantuan ke Acheh sebanyak RM 9.171 juta
~ 4500 orang mangsa Tsunami di Sri Lanka
~ sebanyak 400 x gegaran terasa di Aceh
~ seramai 600 00 kematian mangsa Tsunami di anggarkan di seluruh dunia.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment